JAKARTA 1 Nov. – Seorang penunggang teksi motosikal Indonesia mendakwa melihat pesawat Lion Air JT610 yang terbabit nahas mengeluarkan asap hitam sebelum terhempas di perairan Karawang, Isnin lalu. Portal Liputan6.com melaporkan, Anastasia Lorinda berkata, dia melihat jet penumpang itu berlubang pada bahagian kanan dan mengeluarkan asap berhampiran roda pesawat. Katanya, dia melihat pesawat itu terbang berhampiran rumahnya di kawasan Karawaci, Tangerang. Katanya, dia dimaklumkan tentang keadaan pesawat itu oleh anaknya…










