KOTA KINABALU – Jawatankuasa Khas untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan bermesyuarat bagi membincangkan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengiktiraf Sabah sebagai sebuah wilayah, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hari ini. Beliau berkata, perkara itu akan diperhalusi dalam mesyuarat pertama jawatankuasa khas itu tidak lama lagi. “Jawatankuasa khas itu dijangka mengadakan mesyuarat pertama dalam masa terdekat untuk mengenal pasti skop semakan dan isu berkaitan MA63.…










