Sabah mahu laksana konsesi elektrik, air - Mohd. Shafie - Utusan Malaysia

Sabah mahu laksana konsesi elektrik, air – Mohd. Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 15 Nov. – Kerajaan negeri berhasrat untuk mengambil alih semula pelaksanaan konsesi elektrik dan air di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha tersebut bagi mempertingkatkan keupayaan bekalan elektrik dan air sekali gus dilaksanakan sepenuhnya jabatan berkaitan dalam kerajaan.

Katanya, bagaimanapun satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi meneliti implikasi pengambilalihan konsesi elektrik yang akan dimuktamdkan tahun hadapan.

“Selain itu, kerajaan juga dalam proses menunggu kajian dan penelitian pihak peguam negeri untuk memperhalusi berhubung perjanjian konsesi air sebelum agar dapat dilaksanakan kerajaan.

“Ini kerana, tiada ertinya kerajaan melantik pihak swasta untuk melaksanakan konsesi ini namun, masalah kekurangan bekalan tidak dapat diatasi,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke -15 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN