IPOH 26 Nov. – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dicabar untuk mendedahkan nama pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) negeri ini yang didakwa terlibat dalam usaha menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Ketua Penerangan PKR negeri, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, Saarani perlu membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan beliau itu dengan menamakan mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut. Katanya, sekiranya beliau gagal untuk membuktikan dakwaan berkenaan, maka…










