KAJANG 26 nov. – Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan mansor berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar ibu negara dan Selangor antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari tadi.
“Peranan mereka dalam kejadian masih disiasat.
“Buat masa ini, kita telah menempatkan sebanyak 700 anggota dan pegawai polis di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar pembongkaran makmal dadah di kawasan perindustrian di Semenyih, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, berlaku kekecohan antara sekumpulan 50 lelaki yang berada dalam pekarangan kuil tersebut dengan sekumpulan lagi lelaki yang berada di luar kuil.
Sebanyak 18 kenderaan termasuk dua motosikal terbakar manakala sebuah kereta peronda polis turut dibaling batu oleh perusuh-UTUSAN ONLINE











