Rusuhan kuil: Seramai 30 individu sudah ditahan - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Seramai 30 individu sudah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 30 individu berhubung kes rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di sini sejak semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Mazlan Mansor berkata, tangkapan terbaharu melibatkan sembilan individu yang telah menimbulkan kekecohan di sekitar kawasan kuil tersebut.

“Polis akan melakukan permohonan reman esok terhadap sembilan individu lagi bagi membantu siasatan.

“Kita akan mengenal pasti dan menahan beberapa individu lagi yang terlibat dalam insiden berkenaan untuk diambil keterangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Mazlan menambah, kesemua mereka akan disambung reman sehingga Sabtu ini.

“Tiada sebarang senjata ditemui ketika tangkapan dilakukan oleh pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN