Rusuhan kuil: Pemilik hartanah buat laporan polis - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Pemilik hartanah buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Pemilik hartanah Skypark, The Place dan The Square telah membuat laporan polis berhubung kerosakan bangunan OneCity @USJ 25 akibat rusuhan pada awal pagi Selasa lalu.

Wakil Badan Pengurusan Berrsama (JMB)  Skypark, The Place dan The Square, Choong Li Loh berkata, laporan dibuat pada hari kejadian sebaik menerima maklumat berkaitan rusuhan tersebut.

“Kita sudah meminta bantuan polis dan kerajaan bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

“Setakat ini, kita belum mengenalpasti jumlah sebenar laporan polis yang dibuat oleh pemilik hartanah namun jumlah tersebut mungkin diketahui pada minggu hadapan,” katanya ketika sidang akhbar di Hotel e-city di sini hari ini.

Menurutnya, sidang akhbar berkenaan dilakukan bagi memberi perjelasan kepada orang ramai bahawa Onecity@USJ 25 dimiliki oleh 939 pemilik individu dan bukan milik syarikat pemaju MCT berhad atau One City Development Sdn. Bhd.

“Kesemua hartanah termasuk pejabat dan unit di bangunan ini dimiliki oleh pemilik individu dan diuruskan oleh tiga badan pengurusan iaitu Skypark, The Place dan The Square.

“Pemilik tanah kuil Seafield Sri Maha Mariamman ialah milik One City Development Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat MCT Bhd. Mereka ini tiada kaitan dengan kami,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN