Rusuhan kuil: Jabatan bomba terpaksa berundur dari operasi - KP Bomba - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Jabatan bomba terpaksa berundur dari operasi – KP Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, keadaan kekecohan yang semakin tegang awal pagi tadi di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights memaksa pihaknya berundur dan membatalkan operasi pemadaman sebuah kereta yang terbakar di perkarangan kuil itu.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Muhammad Hamdan Wahid berkata, anggota bomba ke lokasi tersebut setelah menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran sebuah kereta sekitar pukul 1 pagi tadi.

“Sebuah jentera pemadam api FRT dengan tujuh anggota berserta sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan dua anggota termasuk Muhammad Adib (Mohd Kassim) telah dikejarkan ke lokasi,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Perubatan Subang Jaya di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden kekecohan itu yang menyebabkan Muhammad Adib, 24, seorang anggota bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya cedera parah akibat dipukul sekumpulan perusuh.     

Menurut Muhammad Hamdan sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua-dua jentera tersebut dikerumuni sekumpulan perusuh yang turut membaling batu dan cuba mencederakan anggota bertugas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN