Rusuhan kuil: Insiden jenayah, bukan perkauman - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Rusuhan kuil: Insiden jenayah, bukan perkauman – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu berkaitan agama dalam kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, dekat Subang Jaya, Selangor walaupun ia berkaitan perpindahan kuil.

Perdana Menteri berkata, amat jelas daripada siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku pada awal Isnin mempunyai unsur jenayah, begitu juga kejadian susulan yang melibatkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada anggota polis.

“Kerajaan juga kesal dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab penjenayah yang menimbulkan kekacauan di kawasan kuil dan yang telah mencederakan anggota pasukan keselamatan serta anggota penyelamat di dalam rusuhan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahathir berkata, oleh kerana insiden itu berkaitan jenayah, pihak polis telah diarah untuk mengambil tindakan lanjut bagi menangani serta mengawal situasi berkenaan dengan segera.

“Penjenayah-penjenayah yang terlibat cuba melakukan rusuhan serta mencederakan anggota keselamatan dan penyelamat termasuk kerosakan harta benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang yang sedia ada,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN