Rusuh depan kuil: Sembilan lagi ditahan - Utusan Malaysia

Rusuh depan kuil: Sembilan lagi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 28 Nov.- Sembilan lagi lelaki ditahan berhubung insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditahan polis setakat ini ialah 30 orang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kelima-lima individu itu ditahan malam semalam sehingga tengah hari tadi.

“Sehingga kini, 21 individu yang ditahan sebelum ini telah disambung reman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan polis di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Selain itu, tiada sebarang senjata dirampas setakat ini” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar khas di Ibu pejabat Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai dakwaan dua penunggang motosikal dibelasah dalam insiden itu yang tular di laman sosial, Mazlan memaklumkan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil kepada pihak polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN