KIEV, Ukraine – Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memberi amaran mengenai ‘perang sepenuhnya’ kelmarin dan berkata, Rusia meningkatkan kehadiran tentera di sempadan secara mendadak ketika ketegangan antara dua bekas negara Kesatuan Soviet berkenaan makin memuncak. “Saya tidak mahu sesiapa memikirkan bahawa ini satu permainan. Ukraine berdepan ancaman perang sepenuhnya dengan Rusia,” kata Poroshenko dalam satu wawancara bersama stesen televisyen kerajaan. “Unit tentera Rusia yang dikerah ke sempadan Ukraine-Rusia meningkat secara mendadak,…










