KUALA TERENGGANU 22 Nov. – Rumah pusaka berusia 77 tahun yang `masih bertahan’ di Kampung Tanjung di sini sejak lebih setahun lalu disebabkan keengganan pemiliknya berganjak dengan arahan kerajaan agar kediaman itu dirobohkan, akhirnya ‘menyembah bumi’ juga pagi semalam. Kediaman tradisional Melayu dua tingkat diperbuat daripada kayu itu yang terletak di tengah-tengah tapak projek pembangunan mega berskala besar, dirobohkan dalam satu operasi tidak sampai sejam bermula kira-kira pukul 10 pagi.…










