KETIKA sibuk melayan kerenah kanak-kanak yang riang gembira menerima makanan ringan pemberian para sukarelawan di sekitar Kampung Pos Tohoi, mata penulis tertumpu kepada sebuah rumah paling kecil saiznya yang kelihatan seperti sebuah pondok. Kerana tertarik dengan keadaan rumah yang terletak di bahagian tengah di hujung sekali, penulis bersama sukarelawan berkenaan membuat keputusan untuk singgah sekejap melawat penghuninya. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu, alangkah terkejutnya penulis melihat keadaan rumah kecil…










