KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menasihatkan rakyat supaya tidak terlalu percaya dengan lambakan ubat-ubatan dalam pasaran yang belum pasti kesahihannya. Baginda mahu rakyat merujuk kepada pakar perubatan jika menghadapi masalah kesihatan. “Rakyat yang sihat berupaya memainkan peranan dan memberi sumbangan untuk membangunkan negeri ini,” titah Tuanku Syed Sirajuddin semasa merasmikan hospital pakar swasta yang pertama di Perlis, KPJ Perlis di sini, hari ini. Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya