Rotan murid: Ustaz Adib dipenjara, denda - Utusan Malaysia

Rotan murid: Ustaz Adib dipenjara, denda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Isteri dan ibu kepada seorang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang juga dikenali sebagai Ustaz Adib menangis ter­esak-esak selepas Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini, menjatuhkan hukuman pen­jara enam bulan dan denda RM2,000 terhadapnya kerana mencederakan kaki seorang mu­rid darjah lima di sekolah­nya, tahun lalu.

Majistret Nor Afidah Idris menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Muhammad Adib Abd. Halim, 24, selaku orang kena saman (OKS) setelah pihak pem­belaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada a­k­hir kes pembelaan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan peguam, Khairul Amin Abdullah yang memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara terhadap Muhammad Adib namun memerintahkan OKS membayar denda itu serta-merta.

Muhammad Adib dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kece­deraan di kedua-dua bahagian kaki kiri dan kanan murid lelaki itu ketika kejadian berusia 11 tahun di dalam kelas di sebuah sekolah, Bandar Seri Putra, Hulu Langat dekat sini kira-kira pukul 2.25 petang, 16 Ogos 2017.

Kes Ustaz Adib ini menjadi tular dalam laman sosial berikutan tindakannya dikatakan merotan murid terbabit kerana enggan bersolat.

Pertuduhan terhadap OKS dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN