Rosmah mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM1 juta - Utusan Malaysia

Rosmah mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM1.5 juta berhubung projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak.

Rosmah, 66, yang berbaju kurung berona kuning, hijau dan biru membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan itu selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta terhadap isteri bekas Perdana Menteri itu dengan RM500,000 perlu dibayar hari ini dan bakinya dilunaskan dalam tempoh tujuh hari.

Kes akan disebut semula pada 10 Disember ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN