RMB: Pemaju dikenakan caj gantian - Utusan Malaysia

RMB: Pemaju dikenakan caj gantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 29 Nov. – Kerajaan negeri akan mengenakan caj gantian bagi setiap kekurangan komponen Rumah Mampu Biaya (RMB) daripada RM40,000 kepada RM60,000 bagi setiap unit rumah yang tidak dibina pemaju.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, walau bagaimanapun, pihak pemaju diberi kelonggaran terhadap kaedah pembayaran bagi tujuan tersebut.

“Jika pemaju membayar secara pukal caj yang akan dikenakan adalah sebanyak RM40,000 seunit manakala jika pembayaran secara ansuran, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM60,000 seunit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019: Menerajui Perubahan Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari di Kota Iskandar di sini sebentar tadi.

Osman berkata, kerajaan negeri akan mereformasi sektor perumahan dan antara strategi yang dicadangkan adalah mencapai sasaran penyediaan 100,000 unit RMB menjelang 2023. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN