RM800,000 jayakan Walimatulurus Perdana - Utusan Malaysia

RM800,000 jayakan Walimatulurus Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 24 Nov. -Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM800,000 bagi
menjayakan Walimatulurus Perdana 2018 melibatkan 190 pasangan muda yang berlangsung
serentak di seluruh kawasan Parlimen di negeri ini hari ini.

Majlis akad nikah dan resepsi yang dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu  (YPKT) yang antara lain bertujuan untuk membantu memudahkan proses perkahwinan serta membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkempuan.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia merupakan satu bentuk bantuan melalui slogan “Daripada Kerajaan Kepada Rakyat”, diberikan khusus kepada pasangan muda yang ingin mendiriksn rumahtangga.

“Acapkali kita mendengar ada golongan ibu bapa dan pasangan yang bakal berkahwin mengeluh
apabila bercakap tentang soal perkahwinan kerana antara punca utama ialah berhadapan kekangan kewangan,” ujarnya.

Dr Ahmad Samsuri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Walimatulurus Perdana 2018 siri-3 peringkat Parlimen Marang, di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila, di sini.

Sebanyak 31 pasangan diraikan dalam majlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa  Pelancongan, Kebudayan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman dan Pegawai Daerah
Marang, Mat Azmi Arshad.

Beliau turut menasihatkan  ibu bapayng bakal menerima ahli keluarga baharu yang bergelar menantu agar menyayangi mereka seperti anak sendiri.

“Tegurlah mereka dengan sopan kerana menantu kita itu mungkin amat berbeza dengan kehidupan seharian ahli keluarga kita.

“Bagi pasangan yang diraikan pula, janganlah kita abaikan keluarga pasangan kita dan usah cepat terasa hati di atas setiap nasihat dan teguran bakal diberi, “ujarnya.

Sementara itu, Dr.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri juga bersedia untuk menyalurkan
bantuan perkahwinan kepada golongan bukan muslim, tetapi setakat ini masih belum ada permintaan bagi mengadakan program beramai-ramai,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN