Masalah uri melekat atau dikenali sebagai placenta accreta tidak kerap berlaku. Keadaan ini berlaku apabila uri melekat di kawasan otot dinding rahim (uterus) pada lapisan endometrium. Placenta increta pula adalah keadaan yang lebih kritikal iaitu uri tertanam ke dalam otot dinding rahim atau lapisan miometrium. Placenta percreta pula adalah keadaan uri tertanam menembusi keseluruhan dinding rahim ke permukaan luarnya sehingga lapisan serosa dan melibatkan organ yang berdekatan seperti pundi kencing…










