Ribuan diarah berpindah, diancam api marak - Utusan Malaysia

Ribuan diarah berpindah, diancam api marak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 28 Nov. – Beribu-ribu orang telah dipindahkan dari rumah mereka di timur laut Australia berikutan kebakaran hutan melanda negara itu.

Sekitar 8,000 orang diminta untuk meninggalkan bandar Gracemere, di selatan kawasan pantai Rockhampton, diancam api marak yang bergerak pantas.

Pusat Meteorologi mengisytiharkannya sebagai ‘bencana’ akibat bahaya api – di sesetengah kawasan manakala pihak bomba berusaha memandamkan api marak di 130 kawasan di seluruh negeri.

“Ini adalah keadaan yang sangat tertekan untuk semua.

“Saya mahu anda semua supaya kuat. Saya memerlukan anda semua untuk mendengar. Keluarga dan perlindungan komuniti adalah penting ketika ini, “kata Perdana Menteri, Annastacia Palaszczuk yang memberi amaran kepada penduduk untuk berpindah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN