BENTONG 25 Nov. – Selepas menerima air tangan pertama Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berupa resepi kuih raya pada Mei lalu, Penjara Bentong sekali lagi bertuah apabila menerima resipi baginda berupa pes asam pedas dan pes rendang. Hari ini Tunku Azizah berkenan mencemar duli melancarkan projek perintis pes asam pedas dan pes rendang serta memasak pelbagai hidangan berasaskan pes berkenaan di hadapan 20 penghuni penjara. Titah baginda,…










