Remaja ditahan ugut bunuh ibu sendiri - Utusan Malaysia

Remaja ditahan ugut bunuh ibu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM 19 Nov. – “Nak aku bunuh hang ka?”

Akibat ketagihan dadah, itu ungkapan biadab yang terpacul dari mulut seorang remaja sambil mengacukan pisau kepada ibunya di kediaman mereka di Kampung Jeram, Merbau Pulas dekat sini hari ini.

SUSPEK
SUSPEK 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 pagi apabila suspek yang berusia 19 tahun memaksa ibunya memberi wang dipercayai untuk membeli dadah.

“Ibunya yang berusia 47 tahun enggan menuruti kehendak remaja tersebut menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Tanpa diduga, suspek kemudianya mengambil sebilah pisau di dapur lalu mengugut untuk menikam ibunya itu dengan kata-kata tersebut menyebabkan wanita berkenaan melarikan diri.

Katanya, bimbang dengan keselamatan diri, mangsa kemudiannya tampil ke Balai Polis Sungai Karangan untuk membuat laporan.

“Polis kemudiannya menahan suspek di rumah tersebut kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.

“Suspek akan direman esok dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN