PETALING JAYA – Penyampai radio Kool FM, Rea selamat bergelar isteri kepada pemain dram kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim di sebuah premis acara di sini, pagi tadi. Penolong Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk Orang Islam Masjid Kota Damansara, Mohamad Lutfi Shuhud menikahkan pasangan tersebut berwalikan bapa Rea, Tengku Mohamad Tengku Muda pada pukul 9.41 pagi. Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nur Suriya Tengku Mohamad, 29, menerima mas kahwin…










