Rantau: UMNO calon semula Mohamad Hasan - Utusan Malaysia

Rantau: UMNO calon semula Mohamad Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – UMNO akan mencalonkan semula Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran dalam akaun Twitter beliau.

Ahmad Zahid menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban membatalkan kemenangan Mohamad di DUN berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah dijangkakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jentera Barisan Nasional (BN) akan digerak sepenuhnya. Biar pun banyak kekangan dan halangan, kerusi Rantau mesti dipertahankan.

“Demi maruah dan kesinambungan mari UMNO dan BN perkasa kesatupaduan,” tegas beliau.

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengisytiharkan kemenangan Mohamad bagi kerusi DUN Rantau dalam PRU-14 adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan PRK diadakan selepas kerusi DUN berkenaan dimenangi Mohamad tanpa bertanding pada 28 April lalu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas calon PKR bagi kerusi DUN itu, Dr. S. Streram memfailkan petisyen pada 23 Mei lalu bagi mencabar keputusan di kerusi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×