BERMULA dengan bekerja sambilan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur sebagai teknikal barangan elektronik seperti komputer riba dan telefon, kini Muhammad Amirul Haikal Misman, 26, boleh berbangga kerana mempunyai tiga cawangan kedai baik pulih komputer riba.
Sejak di bangku sekolah lagi, anak kelahiran Bagan Datuk, Perak itu mempunyai minat yang mendalam untuk membaiki komputer riba. Menyedari bidang itu agak sukar untuk dipelajari di mana-mana pusat latihan, graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu memantapkan pengalamannya membaiki komputer riba rakan-rakan ketika belajar di universiti.
Anak sulung daripada empat beradik itu kemudian mendapat lot kedai di Pusat Keusahawanan Pelajar di USIM.
Peluang menjalankan perniagaan itu digunakan untuk mengumpul modal bagi mengembangkan minatnya.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Muhammad Amirul Haikal mengenai kejayaannya mempunyai tiga cawangan kedai baik pulih komputer riba.
5. Apakah perancangan saudara dalam bidang ini?
Pada masa hadapan, saya akan meluaskan perniagaan seperti membuka cawangan di sekitar Lembah Klang.
Kini saya dalam proses membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama kumpulan Otailaptop Malaysia mencipta sebuah komputer riba khas untuk permainan video keluaran anak Malaysia yang murah.
Ia merupakan komputer riba yang berkualiti dan mampu berdaya saing dengan jenama lain yang ada di pasaran kini.
Dalam pada itu, saya juga berharap anak-anak muda menceburi bidang ini supaya dapat memenuhi keperluan industri 4.0 di Malaysia.
7. Apa perancangan akan datang dalam perniagaan?
PADA masa akan datang, saya mahu meluaskan perniagaan ini ke peringkat lebih tinggi dan sekarang dalam proses R&D bersama team Otailaptop Malaysia mencipta sebuah komputer riba khas untuk permainan video keluaran anak Malaysia yang murah,berkualiti dan mampu berdaya saing dengan jenama komputer riba yang ada di pasaran sekarang.
4. Boleh kongsikan tip kejayaan anda?
Jangan buang masa dengan menghadiri program-program yang tidak bermanfaat atau melakukan aktiviti tidak mendatangkan hasil.
Lebih baik cari peluang untuk belajar, melakukan kesilapan itu adalah lumrah dalam kehidupan, namun harus bijak mengatasinya.
Jangan mudah berputus asa. Mencari pendapatan lumayan bukan mudah jika tidak membuat dua atau tiga kerja pada satu-satu masa. Bidang perniagaan harus fokus dan mempunyai niat yang betul.
2. Apakah yang membezakan kedai saudara dengan kedai yang lain?
DARI segi operasi, memang sama dengan kedai lain iaitu membaiki kerosakan dalaman komputer riba
dan perisian berkaitan.
Bezanya Otailaptop mengamalkan konsep open lab. Para pelanggan bebas melihat cara kami bekerja, barangan yang digunakan dan harga yang berpatutan.
Misalnya, kami tidak menukarkan satu alat ganti, sekali gus apabila hanya komponen kecil yang rosak. Sebaliknya, kami akan berusaha untuk menggantikannya.
1. Bagaimanakah penglibatan anda dalam bidang ini?
SEBENARNYA saya minat membaiki komputer riba sejak di bangku sekolah apabila selalu membuat kerja sambilan di kedai-kedai baiki komputer riba untuk menampung pendapatan harian.
Daripada situ, saya mula mempelajari sedikit demi sedikit teknik membaiki perisian, papan induk, short circuit dan segala jenis kerosakan.
Apabila berpeluang menyambung pengajian di universiti, kemahiran yang saya miliki itu saya gunakan untuk membaiki komputer riba rakan-rakan. Bermula daripada menolong, ia menjadi satu pekerjaan. Sehinggalah saya mendapat satu lot kedai yang disewa oleh pihak universiti kepada pelajar yang mahu menjalankan perniagaan.
Hasil modal dan keuntungan selama tiga tahun itu akhirnya saya membuka satu lagi cawangan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur yang diberi nama Zikrone IT atau lebih dikenali Otailaptop.
Kini, saya diberi kepercayaan membawa francais Otailaptop dalam perniagaan pembaik pulih komputer riba.
3. Apakah yang menguatkan semangat anda untuk menceburi bidang ini?
SAYA datang daripada keluarga yang susah kerana ayah meninggal sejak saya di bangku sekolah. Menjadi tanggungjawab saya sebagai anak sulung untuk membantu ibu dan adik-adik.
Kehidupan yang dialami memaksa saya untuk menceburi bidang perniagaan kerana saya yakin, bidang ini mampu mematangkan seseorang selain memperoleh pendapat lumayan.
Walaupun sibuk dengan perniagaan, saya tidak mengabaikan pelajaran. Fokus bisnes saya adalah membaiki bahagian PCB komputer riba, membekal dan menyelenggara komputer di sektor awam ataupun kerajaan.











