KOTA KINABALU – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menewaskan pencabarnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu di Cabang Pensiangan hari ini. Rafizi memperoleh undian sebanyak 2,388 manakala Mohamed Azmin pula mengumpul 262 undi. Jumlah tersebut diperoleh hasil undian 3,497 ahli PKR Cabang Pensiangan yang mengundi menggunakan sistem e-undi bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, Pensiangan hari ini. Sehubungan itu, berdasarkan keputusan setakat pukul 8 malam ini, Rafizi mendahului dengan jumlah keseluruhan sebanyak 7,776…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya