Rafizi dipuji dalam pembukaan Kongres PKR - Utusan Malaysia

Rafizi dipuji dalam pembukaan Kongres PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 17 Nov. – Sumbangan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membantu kemenangan PKR dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dipuji semasa pembukaan Kongres Nasional PKR Ke-13 di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun secara spesifik, lawan Rafizi dalam Pemilihan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pula dipuji walaupun penyokongnya melihat ketokohan bekas Menteri Besar Selangor itu membantu kemenangan PKR dan PH.

Meskipun tidak bertanding dalam PRU-14, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sumbangan Rafizi sangat besar dengan menyediakan maklumat yang membawa impak berkesan untuk menaikkan sokongan kepada PH.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Rafizi bersama pasukannya, Invoke yang menerapkan budaya kesukarelawanan untuk kempen dengan bijak di kawasan yang marginal dengan menggunakan analisis data,” kata Saifuddin ketika berucap semasa sesi pembukaan kongres parti itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN