KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Mohd. Rafizi Ramli akur sekiranya beliau ditakdirkan kembali sebagai anggota biasa parti itu selepas keputusan untuk pemilihan Majlis Pimpinan Pusat diumumkan sebaik Kongres Nasional Keadilan melabuhkan tirainya nanti. Mohd. Rafizi memberitahu, jika dirinya gagal mengatasi pesaing tunggalnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam merebut jawatan timbalan presiden parti itu, beliau tetap setia kepada perjuangan ‘Keadilan’ untuk rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.…










