NEW DELHI 18 Nov. – Jumlah mangsa korban akibat puting beliung yang melanda pantai timur negara ini mencecah 33 orang. Puting Beliung Gaja yang membawa angin kencang selaju 120 kilometer sejam, melanda negeri Tamil Nadu selepas membadai bahagian pantai negara ini semalam. Beribu-ribu pokok tumbang akibat angin kencang, yang turut memusnahkan kediaman serta memaksa ratusan ribu orang terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara. “Setakat ini sebanyak 20 lelaki, 11 wanita…










