KLANG – Kelicikan satu sindiket memproses arak tiruan terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah teres yang dijadikan ‘kilang’ sejak dua bulan lalu di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini kelmarin. Dalam serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 37 tahun. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, serbuan tersebut hasil risikan terhadap kegiatan penjualan arak haram kepada pekerja kilang warga Myanmar di sekitar daerah tersebut. “Pemeriksaan terhadap rumah tersebut telah merampas 1,560 tin dan 144 botol arak tiruan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya