Pro-Canselor USIM kongsi enam petua - Utusan Malaysia

Pro-Canselor USIM kongsi enam petua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 29 Nov. – Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz hari ini menggariskan enam petua yang boleh digunakan oleh graduan apabila memulakan kehidupan selepas tamat pengajian di universiti itu.

Yang pertama, katanya, adalah tidak berasa terlalu bimbang di mana hendak bermula kerana hidup ini akan ada naik dan turun, manakala petua kedua ialah merantau dan berkenalan dengan dunia yang sangat luas untuk membuka minda dan menjadi manusia lebih toleran, menghormati perbezaan dan terbuka dengan idea baharu.

Beliau berkata, seterusnya, mengamalkan tabayyun iaitu menyelidik dahulu.

“Keempat, jangan bimbang jika telah melakukan kesilapan. Sebaik-baiknya, pada usia yang muda, kita perlu berani mencuba dan menghadapi halangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN