KIEV Nov. 26 – Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata pada hari ini beliau akan mencadangkan bahawa parlimen mengisytiharkan undang-undang tentera di negara itu selepas tentera Rusia menyerang dan merampas tiga kapal tentera laut Ukraine di Laut Hitam. Beliau berkata Parlimen pada hari Isnin boleh memutuskan sama ada untuk meluluskan undang-undang tentera, yang akan menyekat kebebasan awam dan memberi kuasa kepada institusi kerajaan. – REUTERS










