Presiden Pafa umum letak jawatan - Utusan Malaysia

Presiden Pafa umum letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 8 Nov. – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Munaim mengumumkan peletakan jawatannya hari ini. HASNUL ZULKARNAIN Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana mahu memberikan tumpuan terhadap tugasnya sebagai exco kerajaan negeri dan karier politiknya. “Namun saya tidak menafikan keputusan ini juga disebabkan desakan daripada penyokong,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pafa, di sini hari ini. Menurutnya, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi dalam tempoh terdekat. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN