LUMUT 24 Nov. – Kerajaan akan menyelesaikan masalah berkaitan prasarana dan fasiliti yang kurang memuaskan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut (TLDM) di sini. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kerajaan menerima aduan daripada anggota TLDM agar membaiki beberapa kemudahan di dalam pangkalan berkenaan seperti kuarters kediaman, gelanggang futsal dan lain-lain lagi. “Hari ini saya telah selesai melakukan lawatan di beberapa tempat di sini dan kita perlu membaiki kuarters yang…










