PPSB rai polis tonton Polis Evo 2 - Utusan Malaysia

PPSB rai polis tonton Polis Evo 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 24 Nov. – Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) malam tadi mengadakan program Movie Day Out bersama pelanggan di Golden Screen Cinema Sunway Carnival di sini.

Pada program itu, pelanggan terpilih dibawa menonton filem Polis Evo 2 bagi mengutip sumbangan yang disalurkan kepada Badan Kebajikan Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Pemasaran, Komersial dan Hartanah PPSB, Nazri Ismail berkata, program itu adalah acara tahunan yang dianjurkan pihaknya bagi menghargai pelanggan mereka. 

“Pada tahun ini sempena filem Polis Evo 2 yang kini ditayangkan di pawagam, kami terpanggil untuk mengadakan tayangan amal ini bersama pihak polis.  

“Filem ini memaparkan kisah semangat dan pengorbanan anggota polis dalam membanteras jenayah dan peluang yang diberi untuk menonton filem ini bersama pihak polis tepat pada masanya,” katanya. 

Pada program itu sumbangan yang dikutip disampaikan kepada Ketua Bahagian Pengurusan IPD SPU, Deputi Superintenden Norazizi Saad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN