PPM Wilayah 3 rampas rokok seludup - Utusan Malaysia

PPM Wilayah 3 rampas rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 15 Nov. -Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga menahan seorang lelaki tempatan dan merampas sebanyak 350 karton rokok pelbagai jenama yang disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini di sebuah premis tidak bernombor belakang sebuah stesen minyak di bandar Pekan, dekat sini semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, penahanan dan rampasan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah Tiga pada pukul 4 petang.

“Ketika ditahan, lelaki berusia 59 tahun dipercayai pemilik premis yang menempatkan rokok seludup bernilai RM57,500 termasuk cukai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes tersebut di bawah Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok pelbagai jenama yang dipercayai barangan larangan atau seludup,” katanya di sini hari ini. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×