PPKKL, Ramly jalin kerjasama - Utusan Malaysia

PPKKL, Ramly jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov.- Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPKKL) bakal menerima peruntukkan sebanyak RM 1 juta daripada Ramly Poultry Integrator Sdn.Bhd.sebagai inisiatif bagi mengatasi bekalan dan masalah kawalan harga ayam terutama pada musim perayaan.

Pengarah Pengurusan Kumpulan Ramly, Datuk Dr.Ramly Mokni berkata, peruntukkan itu yang merangkumi khidmat nasihat, kursus , latihan dan modal secara tidak langsung dapat menjadi platform bagi membantu usahawan baharu di bawah PPKKL.

Katanya, 10 penternak yang terpilih nanti turut membekalkan ayam untuk pusat penyembelihan milik syarikat itu yang dijangka siap pada tahun 2020 melibatkan pelaburan lebih RM100 juta.

“Pusat penyembelihan ini yang hampir siap mampu mampu melakukan sembelihan sebanyak 96,000 ekor ayam sehari atau 2.5 juta ekor sebulan.

“Oleh itu, ia secara tidak langsung akan membantu industri pemprosesan daging dan bekalan ayam terutama dalam musim perayaan nanti,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Ramly Poultry Integrator Sdn.Bhd. dan PPKKL dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN