RIYADH 10 Nov. – Polis Turki telah menamatkan pencarian mayat wartawan Jamal Khashoggi, namun meneruskan siasatan jenayah terhadap pembunuhannya. Al-Jazeera difahamkan kesan asid ditemukan di kediaman Konsul Besar Arab Saudi, di Istanbul di mana mayat wartawan itu dipercayai dilupuskan dengan menggunakan bahan kimia. Kediaman itu terletak berdekatan dengan Konsulat Arab Saudi, tempat yang menyaksikan Jamal, kolumnis Washington Post yang kritikal terhadap kerajaan Arab Saudi dan Putera Mahkota, Mohammed Salman, dibunuh…










