MIRI 23 Nov. – Polis berjaya menumpaskan satu geng pecah rumah serta curi di pinggir bandaraya susulan penahanan dua lelaki tempatan dalam satu serbuan di sini awal pagi ini. Ketua Polis Daerah ACP Lim Meng Seah berkata dua suspek yang masing-masing berusia 21 dan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan di Lot 18 Kampung Ugos, Jambatan Suai Niah di sini pada kira-kira pukul 4.10 pagi. “Polis percaya lima kes pecah…










