HATYAI 11 Nov. – Pihak berkuasa Thailand telah menyerbu sebuah rumah di kawasan kediaman mewah berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai semalam dan menahan dua wanita kerana memproses arak tiruan.
Menurut ketua Kastam Divisyen ke-9 Songkla, Manoch Phiktak, minuman keras itu akan diedarkan di Hatyai, Bangkok dan Malaysia.
“Ketika pemeriksaan, kami mendapati arak tiruan menggunakan dua jenama terkenal, Black Label dan Label Merah, di dalam rumah tersebut,” katanya.
Beliau berkata pasukannya juga mendapati kedua-dua wanita, berusia 20 dan 40 tahun dan berasal dari Songkla dan Chiang Rai, dibayar antara 15,000 Baht (RM1,900) dan 30,000 Baht (RM3,900) sebulan untuk memindahkan minuman keras ke dalam botol arak berjenama.
Beliau percaya bahawa operasi itu dijalankan oleh warga tempatan dan asing.
Manoch berkata, serbuan tersebut adalah arahan daripada Panglima Bahagian Tentera Darat ke-4 yang baru dilantik, Lt. Jen Pornsak Poonsawat, yang mahu membanteras kegiatan jenayah di sempadan Thailand dan Malaysia.-BERNAMA










