Polis tembak mati lelaki cuba serang anggota dengan pisau - Utusan Malaysia

Polis tembak mati lelaki cuba serang anggota dengan pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang cuba menyerang anggota polis dengan sebilau pisau pemotong buah mati ditembak di Jalan Ria berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini kira-kira pukul 3.10 petang tadi.

Suspek berusia 41 tahun sebelum itu dikatakan telah bertengkar dengan seorang lelaki Cina di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, anggota polis terbabit cuba meleraikan pertengkaran yang berlaku namun suspek telah bertindak menyerangnya dengan sebilah pisau sepanjang 18 sentimeter.

“Anggota terbabit sebelum itu telah memberi amaran lisan namun lelaki tersebut masih menyerangnya.

“Untuk mempertahankan diri, anggota tersebut telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai kepala lelaki itu (suspek),” katanya di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN