Polis redah kolam kejar pencuri - Utusan Malaysia

Polis redah kolam kejar pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Dua anggota polis terpaksa meredah kolam tadahan banjir sedalam hampir satu meter bagi menangkap seorang pencuri motosikal dalam kejadian di Jalan Persiaran Delima 2, Bandar Parkland di sini, Rabu lalu.

Usaha dua anggota itu ternyata berhasil apabila suspek warga Indonesia berusia 26 tahun itu berjaya ditangkap dalam kejadian pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sebelum kejadian dua anggota­nya itu telah mengesan seorang suspek menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, dua anggota yang ma­sing-masing berpangkat Koperal dan Lans Koperal tersebut kemudiannya meminta suspek memberhentikan motosikal dinaikinya.

“Bagaimanapun, arahan tersebut tidak dipatuhi suspek yang kemudiannya terus memecut motosikal yang ditunggangnya. Suspek melarikan diri sejauh 1.5 kilometer sebelum meninggalkan motosikal di­sebuah pangsapuri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN