KUALA LUMPUR 28 Nov.- Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah hadir untuk memberi keterangan di Unit Anti-Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) Polis Diraja Malaysia di Menara KPJ di Jalan Tun Razak di sini semalam.
Sumber memberitahu, Rosmah diambil keterangan sekurang-kurangnya tiga jam bagi merekod kenyataannya.
“Beliau hadir kira-kira 9.45 pagi dan meninggalkan bangunan tersebut kira-kira 1 petang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah sumber lagi, siasatan lanjut masih dijalankan dan berkemungkinan Rosmah akan dipanggil lagi.
“Ikut pada keperluan, sekiranya perlu dia hadir, polis akan memanggil beliau,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE










