Polis lupus dadah bernilai RM1.14 juta - Utusan Malaysia

Polis lupus dadah bernilai RM1.14 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 19 Nov. – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.14 juta di tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam (Kualiti Alam Sdn. Bhd.) di Bukit Pelanduk, dekat sini.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, dadah seberat hampir 74 kilogram (kg) yang dilupuskan merupakan bahan bukti perbicaraan kes narkotik dari tahun 2000 hingga 2017.

“Barang kes yang dilupuskan turut melibatkan sejumlah 333 liter air ketum di samping dadah jenis heroin seberat 3.38 kg, ganja (4.2 kg), methampetamine (4.48 kg), ketamin (0.3 gram), eramin 5 (12.38 kg) dan daun ketum (49 kg).

“Kesemua barang kes melibatkan 1,449 kertas siasatan yang telah selesai menjalani prosiding mahkamah di seluruh Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah JSJN negeri, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohamad Mat Yusop serta Ketua JSJN negeri, Deputi Superintenden Pang Jin Lai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN