PULAU PINANG 16 Nov. – Polis sedang mengesan dua orang saksi bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Menurut polis dalam satu kenyataan di sini, saksi pertama dikenali sebagai S. Vanitha, 34, yang alamat terakhirnya dikesan di No. 19-01, Jalan Harbour Place, Pangsapuri Park View, Bagan Dalam, Butterworth.
Katanya, saksi kedua pula dikenali sebagai M. Sembalingam, 60, yang beralamat di No. 47, Kampung Manis, Perai.
“Kedua-dua saksi tersebut yang gagal hadir bicara sebelum ini dikehendaki menghadiri tarikh bicara seterusnya iaitu pada 26 November ini pada pukul 9 pagi di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
“Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kedua-dua individu ini diminta supaya menghubungi pegawai penyiasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Timur Laut, Inspektor Mohd. Azmi Mohd. Nor Mandharan di talian 014-3433591,” kata kenyataan itu. -UTUSAN ONLINE










