PUTRAJAYA 28 Nov. – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan pihak polis supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor.
Jelas beliau, ini termasuk mereka yang membuat kenyataan berbaur perkauman yang bersifat provokatif, menyebarkan berita palsu yang berunsur fitnah dan hasutan serta menganjurkan perhimpunan-perhimpunan untuk membakar sentimen kaum.
“Sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara keselamatan dan keamanan negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang menjejaskan ketenteraman awam.
“Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil demi memelihara keselamatan dan keamanan negara,” katanya dalam satu sidang akhbar khas di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










