PNB terbit biografi korporat - Utusan Malaysia

PNB terbit biografi korporat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melancarkan biografi korporat pertamanya bertajuk ‘In Trust: A History of PNB’.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, biografi itu menceritakan sejarah penubuhan PNB sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang dilaksanakan demi menangani ketidakseimbangan sosial pada 1970-an di Malaysia.

Katanya, ia juga turut mendokumentasikan evolusi empat dekad PNB sehingga dikenali sebagai syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia.

“Biografi yang padat dengan maklumat ini akan membolehkan para pembaca memahami bagaimana sifat amanah dan kepercayaan membentuk kekuatan PNB,” katanya pada majlis pelancaran biografi korporat PNB di sini hari ini.

Yang turut hadir, Bekas Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji; Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Penulis Buku ‘In Trust: A History of PNB’, Nicholas J. White. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×