KUALA LUMPUR 28 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pelaku rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya dekat sini semalam mempunyai niat untuk membunuh anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24. Perdana Menteri berkata, perusuh yang melakukan kekecohan di kuil bukan sekadar untuk melakukan demonstrasi tetapi mempunyai niat untuk membunuh orang tidak berdosa. “Nampak jelas orang (mereka yang melakukan rusuhan) buat ini dengan niat…









