WASHINGTON 15 Nov. – Sebuah planet yang sejuk dan kelam, dikenali sebagai Super Bumi, berkemungkinan mengorbit satu-satunya bintang paling dekat dengan sistem solar Bumi, menurut ahli astronomi semalam. Planet berkenaan yang dianggarkan bersaiz 3.2 kali lebih besar berbanding Bumi, dilihat mengelilingi Bintang Barnard. Bintang Barnard merupakan bintang dingin dan berjisim rendah, terletak kira-kira enam tahun cahaya dari sistem solar Bumi. Super Bumi dipercayai mengelilingi Bintang Barnard setiap 233 hari. “Selepas menjalankan analisis secara menyeluruh, kami 99 peratus yakin bahawa planet itu terdapat di situ. “Bagaimanapun, kami akan terus memantau bintang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya