ISKANDAR PUTERI 29 Nov. – Kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) membentangkan Belanjawan Johor 2019 yang menyaksikan lebihan sebanyak RM3.43 juta, peningkatan sebanyak RM2.29 juta berbanding RM1.14 juta tahun lalu. Jumlah itu merupakan belanjawan lebihan kerajaan negeri selama sembilan tahun berturut-turut sejak kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) membentangkan belanjawan sama selama lapan tahun sejak 2011. Menteri Besar, Osman Sapian berkata, kutipan hasil negeri bagi tahun depan dianggarkan…










